Kearah memperkasakan lagi perkhidmatan kepada pengundi di Parlimen Sepang selaras dengan motto Barisan Nasional BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT, saya melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sepang memperkenalkan Laman Web Rasmi Ahli Parlimen Sepang.
Pendekatan ini selaras dengan perkembangan dunia IT di negara ini yang mana kita semua masih boleh terus berhubung dan berkomunikasi meskipun tanpa bertemu wajah. Melalui Laman Web ini saya cuba sedaya upaya untuk meletakan diri saya "BERSEDIA DAN BERKHIDMAT" selama 24 jam sehari dan 365 hari setahun malah sepanjang tahun untuk mendengar dan menerima segala persoalan khusus di Parlimen Sepang.
Laman Web ini adalah pelengkap kepada beberapa sistem dan kaedah semulajadi yang sedia ada dalam sistem perhubungan antara pemimpin dan rakyat. Harapan saya agar seluruh pengundi Parlimen Sepang dan sesiapa sahaja yang terpanggil untuk sama-sama MEMBANGUN DAN MEMPERKASAKAN Parlimen Sepang menggunakan ruang dan peluang ini untuk berhubung.
Melalui ruang LAPOR TERUS...EMAIL dan CADANGAN DAN PANDANGAN diharap apa sahaja yang berlaku yang memerlukan Ahli Parlimen sebagai pengantara dapat diangkat untuk pengetahuan saya. Sekiranya ada yang terlepas pandang dan memerlukan penyelesaian, maka ruang ini haruslah dimanfaatkan sepenuhmya.
Akhir sekali, saya adalah wakil kepada rakyat yang dipilih oleh rakyat. Walaupun kita tidor ditilam yang berbeza biarlah kita bermimpi yang sama kearah menjadikan Parlimen Sepang SELESA dan SELAMAT untuk kita semua.
Terima Kasih dan Salam Perjuangan YB. Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed
|