UMNO SEPANG MENJANA BANGSA
UMNO SEPANG MENJANA BANGSA
SABAN HARI MANUSIA DARI PELOSOK DUNIA MENGINJAKAN KAKI DI Sepang melalui KLIA, dunia mengenali kita menerusi Litar Lumba Sepang dan Lembah Biotek yang terletak di sini. Kita menjadi jiran paling hampir dengan pusat pentadbiran negara di Putrajaya dan Lembah Silikon di Cyberjaya.
Kita memiliki pantai perkelahan yang amat menarik dengan rancangan pembangunan kawasan maritim yang berkala mega, lanskap perkampungan tradisional yang mampu menggamit kehadiran pelancung, pertumbuhan institusi-institusi pengajian tinggi swasta yang berupaya menjadikannya sebuah hub pendidikan yang prograsif dan dinamik serta pelbagai prasarana dan ‘setting’ yang sangat kondusif untuk menjadikan kawasan yang gemilang dan terbilang.

Kesemua ini adalah ‘catalyst’ (agen perubah) dan menayangkan akan berlakunya suatu transformasi sosial yang total dan menyeluruh, khususnya yang menyentuh tentang gaya hidup, perubahan watak akibat mobilisasi sosial dan asakan-asakan pengaruh luar, gelagat hubungan antara kaum yang akan menjadi lebih intim dan terbuka, pertumbuhan ekonomi yang dapat meransang dan meningkatkan taraf hidup, perjanaan insfrastruktur intelektual bagi menyegarkan orientasi keilmuan masyarakat, kewujudan kawasan penempatan baru serta migrasi penduduk dan sebagainya.

Sepang akan berubah wajah sambil membuka peluang untuk diraih oleh warga penduduknya. Sementara bagi warga UMNO Sepang pula, ia merupakan isyarat jelas untuk melipat gandakan usaha, menggilap semangat dan daya juang, memperkasa penampilan ahli dan parti, memperkemaskan perancangan dan strategi perjuangan supaya obor kecemerlangan bangsa Melayu sentiasa hidup dan marak menyala.

Para perwakilan yang dikasihi sekelian, kita sedang menelusuri alaf ketiga abad ke 21 yang telah, sedang dan akan memperlihatkan kepada kita gelombang besar perubahan dengan segala semangat dan manifestasinya.

Kita sedang menyaksikan aneka ragam realiti, realiti persempitan dunia dalam suatu perkampungan global, realiti persaingan ilmu dan teknologi tinggi dengan segala kepintaran kebajikan dan kebijakan manusia, realiti pertembungan tamadun-tamadun besar yang akan mengundang pelbagai kemungkinan serta realiti kebangkitan Dunia Melayu yang akan mengalihkan paksi teraju Dunia Islam ke rantau sebelah sini.

Semua ini mempunyai imperative politik kepada bangsa Melayu, terutama sekali bagi kita yang bernaung di bawah UMNO, Barisan kepimpinan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan harus bersiap sedia menggembeling tenaga, fikiran dan tumpuan dalam rangka membina kekuatan dan ketrampilan.


0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER