PERLANTIKAN UEM ATAS DASAR PRESTASI
Utusan Malaysia 5 Dic 2006
KUALA LUMPUR 5 Dis. – United Engineers Malaysia Bhd. (UEM) dilantik sebagai kontraktor utama pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua berdasarkan prestasi baik syarikat berkenaan dalam beberapa projek terdahulu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, UEM melalui anak syarikatnya, Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB) juga merupakan pengendali asal bagi Jambatan Pulau Pinang.

"Prestasi UEM juga sudah terbukti apabila syarikat itu diberi kontrak melebarkan Jambatan Pulau Pinang sekali gus sebagai sebuah syarikat swasta, ia jelas mencerminkan tahap daya saing mereka yang tinggi," katanya ketika menjawab soalan Lim Hock Seng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, kuasa pelantikan kontraktor, jurutera perunding, kontraktor utama, jurutera ukur bahan dan sub kontraktor diberi sepenuhnya kepada syarikat berkenaan.

Menjawab soalan tambahan katanya, UEM dalam surat pelantikan pengurusan projek bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan bagi melibatkan lebih ramai kontraktor tempatan.

"UEM akan memberikan 30 peratus kerja-kerja pembinaan daripada projek bernilai RM3 bilion itu kepada kontraktor tempatan tetapi mereka masih perlu memperincikan kerja- kerja yang mampu dilakukan oleh kontraktor tempatan," katanya.

Ujarnya, kerajaan juga sudah menyatakan pendirian bahawa kontraktor tempatan perlu diutamakan selagi mereka mampu melakukan kerja-kerja berkenaan.

Dari segi penetapan kadar tol pula katanya, UEM sedang menyiapkan laporan terperinci merangkumi reka bentuk teknikal untuk diserahkan kepada kerajaan bagi membolehkan kos sebenar pembinaan ditentukan.

Kadar tol katanya, hanya akan ditentukan oleh kerajaan sebaik sahaja kos sebenar pembinaan diketahui.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER