LEBUH RAYA DITAMBAH 3 LORONG ATASI KESESAKAN
KUALA LUMPUR 19 Dis - Kerajaan tidak bercadang menambah lorong keempat di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) kerana ia bukan penyelesaian kepada kesesakan semasa musim perayaan dan cuti umum.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd. Zin Mohamed berkata, bagaimanapun kerajaan memutuskan untuk melebarkan dua lorong kepada tiga lorong di beberapa lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kesesakan.

Lorong-lorong terbabit ialah di Seremban-Senawang, Senawang-Air Keroh, Rawang-Tanjung Malim, Tanjung Malim-Slim River dan laluan tanpa henti antara Jelapang ke Plaza Tol Ipoh Selatan.

``Kerajaan juga tidak bercadang untuk menambah bilangan lorong jalan sejauh tiga kilometer sebelum tiba di sesebuah plaza tol kerana berpendapat ia tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut,'' katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. Mohd Puad Zarkashi pada Persidangan Dewan Negara di sini hari.

Mohd. Zin berkata, kesesakan teruk di plaza tol dijangka dapat diselesaikan selepas cadangan sistem bayaran tol laluan tanpa henti dilaksanakan kerana kesesakan yang berlaku disebabkan oleh kenderaan yang berhenti untuk membayar tol.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER