KELANTAN BAKAL TERIMA PROJEK PEMBANGUNAN RM1.3 BILION
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Rakyat Kelantan bakal menerima projek pembangunan dari kerajaan Pusat bernilai RM1.3 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan sekali gus menunjukkan rakyat negeri itu tidak dipinggirkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd. Zin Mohamed berkata, ia adalah sebahagian daripada rancangan untuk membangunkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Kerajaan Pusat komited untuk membangunkan Kelantan walaupun ia di bawah pemerintahan Pas kerana itu sememangnya tanggungjawab kami.

"Kerajaan Pusat tidak pernah pilih kasih seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini,'' tegas beliau. Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, antara projek yang bakal dilaksanakan di sana ialah Jalan Pesisiran Pantai Kelantan (RM382 juta) dan Jalan Jeli ke Kuala Krai (RM350 juta).

"Tidak ketinggalan ialah projek jalan dan jambatan Kampung China - Palekbang - Wakaf Baru yang bernilai RM123 juta, '' katanya.

Sementara itu menurut beliau, khusus bagi penduduk Pasir Mas pula, antara perubahan yang bakal dinikmati mereka ialah pelebaran jalan Kota Bharu ke Pasir Mas yang menelan belanja RM45 juta.

"Bagi laluan ini, jalannya akan dilebarkan kepada empat lorong berbanding dua sekarang, '' kata Mohd. Zin.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER