10 PROJEK BERMASALAH AKAN DISIAPKAN IKUT JADUAL
KUALA LUMPUR 18 Julai - Sebanyak 10 buah projek utama yang disenaraikan sebagai bermasalah pada bulan Mei lalu akan disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, sembilan daripadanya akan disiapkan sebelum Disember ini manakala satu lagi dijangka dapat beroperasi menjelang hujung tahun depan.

Beliau berkata, kementerian telah mengambil beberapa langkah, termasuk memberi bantuan kewangan, kepakaran teknikal dan mempercepatkan kelulusan bagi memastikan projek itu dapat disiapkan mengikut jadual.

"Projek itu adalah empat buah hospital, sebuah jambatan dan sebuah universiti. Selain itu, empat merupakan projek membaik pulih dan menaik taraf jalan manakala satu lagi adalah projek membina jalan raya baru yang menghubung Pantai Barat dengan Pantai Timur,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Lee Sing Chooi pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. Projek terbabit adalah Hospital Sungai Buloh (Selangor), Hospital Alor Setar (Kedah), Hospital Sungai Petani (Kedah), Hospital Ampang (Selangor), projek Jambatan Sungai Perai dan projek Universiti Malaysia Sabah (Sabah).

Selain itu, projek membaik pulih dan menaik taraf Jalan Muar-Melaka-Alor Gajah-Simpang Ampat, projek Jalan Pintas Bandar Muar (Johor) dan projek membaik pulih dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5, Kapar-Sabak Bernam dan Klang-Banting. Satu lagi ialah projek Jalan raya Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang (pakej 2A dan 2B: Pos Slim Lojing).
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER