Cawangan Jenderam Hulu UMNO Cawangan Jenderam Hulu dengan ini menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO bersama-sama Barisan Jemaah Menteri Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO untuk terus memimpin Malaysia menjadi negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang
UMNO Cawangan Jenderam Hulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Negarawan Terbilang dan Terulung, Yang Amat Mulia Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia dan bekas Presiden UMNO yang banyak berjasa kepada parti UMNO khususnya kepada orang Melayu dan negara yang tercinta. Itu merupakan sebahagian daripada usul diperingkat cawangan yang mewakili 25 cawangan dalam DUN Sungai Pelek. Ikuti keseluruhan usul-usul yang dibawa oleh peringkat cawangan sebagaimana tercatit di dalam buku Usul-usul yang diterima tanpa bahas dalam DUN Sungai Pelek ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang tahun 2006. Layari http://sungaipelek.blogspot.com
|