PERWAKILAN SEBULAT SUARA SOKONG UCAPAN DASAR KETUA BAHAGIAN
Pencadang
Encik Hanafiah bin Mohamad
Ketua UMNO Cawangan Sungai Pelek Pekan, (Wakil DUN Sungai Pelek)

Setelah diteliti dalam ucapan dasar Dato’ Ketua UMNO Bahagian Sepang bagi melaksanakan tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa Melayu ke mercu kegemilangan, untuk melaksanakan tanggungjawab ini UMNO Bahagian Sepang haruslah menekankan aspek-aspek yang keseluruhannya berkisar tentang pembangunan rohani, jasmani dan juga keperluan manusia disamping menjaga hak dan persaudaraan sesama bangsa.

Penekanan ini adalah tertumpu kepada sifat keperluan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini di samping mengekalkan dan mempertimbangkan hak berkeupayaan haruslah membantu yang kurang upaya dan mereka yang kurang berkeupayaan dapat memberikan kerjasama dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang telah di amanahkan.

Oleh yang demikian, aspek pengenalan diri dan motivasi diri ditekankan di mana laluan yang luas telah disediakan oleh kerajaan harus diguna sebaik mungkin oleh setiap lapisan masyarakat dengan displin dan tanggungjawab serta amanah dalam menterjemahkannya.

Aspek perpaduan UMNO dan perpaduan nasional untuk menerjah kepada era abad ke 21, membuatkan perubahan pembangunan harus mempunyai ketetapan atau dasar dalam memperjuangkannya, di mana dimensi pembangunan yang merangkumi pembangunan masyarakat, kemudahan infrastruktur dan pembangunan persekitaran haruslah dibangunkan bersama, seiring dan berketetapan.

Ini dapat dicapai dengan lahirnya sumber insan yang berdaya maju yang mampu untuk menjadi penjana dalam merealisasikan.

Kesemua aspek ini haruslah berlandaskan kepada 10 prinsip Islam Hadhari yang telah lebih di popularkan dalam kontek kesedaran, perjuangan dan juga pembangunan demi untuk menuju kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan.

Oleh yang demikian, saya mengusulkan supaya ucapan dasar ini di bahaskan.

Di sokong oleh
Encik Suhaimi bin Saad,
Ketua Cawangan Taman Sentosa (Wakil DUN Sungai Pelek)

Di terima dengan sebulat suara.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER