KONTRAKTOR PERLU LENGKAPKAN DIRI DENGAN KEMAHIRAN - PM
Utusan Malaysia 7 Dis 2006
KUALA LUMPUR 7 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kontraktor Malaysia yang memperoleh projek di luar negara perlu melengkapkan diri dengan kebolehan dan kemahiran yang tinggi.

Perdana Menteri berkata, kontraktor yang melakukan kerja tidak kemas dan tidak elok akan menghilangkan minat pihak luar memberikan projek kepada syarikat Malaysia sekali gus menjejaskan imej negara ini.

Beliau berkata, bagaimanapun sehingga kini kebanyakan syarikat Malaysia yang memperoleh projek luar negara telah menunjukkan mutu kerja yang bagus dan berkualiti.

"Alhamdulillah, maklum balas yang saya terima daripada pemimpin luar negara, mereka berpuas hati dengan kerja-kerja kontraktor Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-16 di sini malam ini.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Menurut Abdullah, perkembangan itu jelas menunjukkan pelanggan syarikat-syarikat Malaysia di luar negara menganggap kontraktor dan pekerja Malaysia mempunyai tahap kemahiran yang amat baik.

"Tetapi jangan lupa, sudah tentu ada syarikat-syarikat lain yang mahu bersaing dalam mendapatkan tender di luar negara," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau berharap kontraktor Malaysia memastikan mereka mempunyai kebolehan yang tinggi supaya dihargai oleh orang luar dalam mencapai persaingan di luar negara.

Kata beliau, pasaran dunia kini berhadapan dengan saingan yang hebat kerana teori konvensional sudah berubah apabila negara bukan lagi mengeksport produk semata-mata, tetapi turut mengeksport bakat.

Beliau juga turut menegur kontraktor tempatan yang memperoleh projek dalam negara supaya memastikan produk yang mereka bangunkan berkualiti dan baik mutunya.

"Mereka (kontraktor) mesti tunjuk kemahiran pertukangan tinggi. Rakyat kini mahukan rumah atau bangunan yang elok, perabot pula cantik dan bermutu.

"Ini adalah satu harapan iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup. Cita rasa kita akan berubah, kita inginkan sesuatu yang lebih baik," kata beliau.


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER