DEWAN RAYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Bil. 6 Rabu 22 Mac 2006 Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:- (iv) apakah jenis teknologi yang digunakan oleh kementerian bagi Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Bintulu-Miri (Coastal Highway) kerana telah terdapatnya kerosakan teruk walaupun baru sahaja dibuka; dan (b) mengapakah masih terdapat selekoh-selekoh tajam pada beberapa lebuh raya yang baru dibina ini yang sepatutnya lurus. Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada soalan Yang Berhormat bagi Bintulu. Projek yang di maksudkan ini adalah pembinaan Jalan Pantai Baru, Tanjong Kidurung, Kuala Suai, Kuala Niah, Kuala Sibutu, Bakang, Sarawak. Skop projek ini adalah membina jalan yang bertaraf R-3 sepanjang 178 kilometer dengan kos pembinaan bernilai RM581 juta. Teknologi ataupun kaedah pembinaan yang digunakan untuk membina jalan tersebut adalah menggunakan kaedah yang biasa digunakan dalam projek pembinaan jalan yang bertaraf R-3 dan R-5 di seluruh Malaysia. Untuk pembinaan jalan di kawasan di mana keadaan tanahnya agak keras, kaedah potong dan menambak dengan izin, cut and fill digunakan. Manakala pembinaan jalan di kawasan di mana keadaan tanahnya tidak memuaskan seperti di kawasan tanah lembut (pit soil), kaedah geotextile dan preloading digunakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kontraktor bagi projek ini telah pun menyiapkan pembinaan jalan tersebut pada 6 November 2005. Buat masa ini projek ini masih dalam tempoh tanggungan kecacatan selama dua tahun yang akan berakhir pada 6 November 2007.
Mengenai jalan yang rosak, yang mungkin terdapat pada jalan ini, pihak JKR Sarawak akan memaklumkan semua kerosakan dan kecacatan yang dikenal pasti kepada kontraktor untuk diperbaiki dan segala kos pembaikan akan ditanggung oleh pihak kontraktor itu sendiri. Jadi, kalau Yang Berhormat boleh bantu mengenal pasti di kilometer yang mana boleh maklumkan kepada saya dan saya akan mengarahkan pihak JKR untuk melihat perkara ini. Jawapan kepada soalan yang berikutnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di bahagian Miri terdapat beberapa selekoh yang perlu dibina untuk mengelak beberapa kawasan yang terlalu mahal untuk diambil alih. Oleh yang demikian, kerajaan seperti mana terdapatnya rumah kediaman penduduk, sehubungan dengan itu untuk mengurangkan kos pengambilan balik tanah, jalan ini dibuat dalam kawasan rizab yang sedia ada. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selanjutnya pada lokasi-lokasi selekoh yang seperti ini, papan-papan tanda amaran telah pun didirikan dan juga dengan izin, super elevation telah pun dibina untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. Pihak JKR juga akan sentiasa membuat pemeriksaan supaya mana-mana papan tanda yang hilang diganti dengan segera dan membaiki mana-mana dengan izin, super elevation yang perlu dibaiki. Selain daripada itu pengguna jalan raya juga perlu diingatkan supaya mematuhi had laju. R-3 ini Yang Berhormat, dia punya speed limitnya cuma 80 kilometer sejam dan R-5 speed limitnya 90 kilometer sejam. Jadi, Yang Berhormat kena nasihatkan rakyat Yang Berhormat supaya memandu mengikut had laju. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli, ada lagi? Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya? Apa lagi? Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kerana peruntukan yang sudah diberikan oleh kementerian bagi membina coastal highway ini. Tetapi masalahnya sekarang, coastal highway ini sudah disiapkan tetapi road shoulder tidak ada. Saya hendak bertanya kepada Kementerian Kerja Raya, kalau ada kereta yang rosak dan emergency stop, kereta itu hendak berhenti di mana? Road shoulder tidak ada, kalau ke tepi sikit sudah masuk longkang. Jadi, ini akan melibatkan satu masalah untuk pemandu kereta. Itu satu. Kedua, iaitu ada car booth tidak sama rata dengan jalan. Kalau kita tidak perasan ada car booth di sana - memang kita kalau sudah take off pun macam kapal terbang, landing pun serupa macam kapal terbang, kalau lost control nyawa pun terbang. Jadi saya hendak bertanya, apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih, Yang Berhormat. Saya cuba terangkan. Kalau reka bentuk yang kita sebut R-3 ini, dia punya buka jalan 6 meter. Dia ada dengan izin, road reserved on both side 2.5 meter; dan R-5 ini bukanya 7 meter dan reservenya 3 DR.22.3.2006 20 meter. Itu yang sedia ada. Mengenai speed limit tadi, bagi R-3, 80 kilometer sejam sahaja dan R-5 ini 90 kilometer per hour. Ini merupakan projek yang berasaskan kepada design and build. Kontraktor itu sendiri engage dia punya konsultan dan JKR sebagai independent checker melihat supaya setiap perkara yang dilakukan ini berasaskan kepada standard yang telah pun ditetapkan. Mana-mana kawasan tanah lembik yang selalunya ada menimbulkan masalah settlement ini, Yang Berhormat, cara yang dibuat secara geotextile ini ialah dengan meletakkan membrane di bawah ini, kemudian air yang ada dalam soil itu akan lari ke bawah, hendak bagi tanah itu keras. Di mana-mana kawasan pit soil yang terlalu lembut ini dibuat preloading. Kita loadkan juga jalan itu dulu kemudian selepas settlement enam bulan hingga ke setahun, korek balik dan taruh juga. Mungkin juga ada kawasan-kawasan yang ada dengan izin, void - water catchments yang tidak dapat lari itu, yang itu yang menimbulkan keadaan tidak rata. Kalau yang ini, jika Yang Berhormat boleh bantu maklumkan kepada kita, saya akan menentukan supaya boleh dibaiki dengan kadar segera. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi soal jawab lisan pada pagi ini.
|