DATO' DR. AWANG ADEK RASMI MESYUARAT PERWAKILAN UMNO SEPANG

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang 2006 telah sempurna diadakan pada 6 Ogos 2006 di Ballroom Gateway, Hotel Pan Pasific, KLIA Sepang. Mesyuarat Perwakilan yang bermula jam 10.00 pagi telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr. Awang Adek Hussin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian Sepang, YB Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed ketika berucapan mengingatkan ahli-ahli UMNO Bahagian Sepang agar mementingkan perpaduan dan menjaga keutuhan parti. Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang mahu ahli-ahli UMNO Bahagian Sepang memberi tumpuan kepada membina upaya bagi kekuatan UMNO dan bangsa dengan keutamaan nilai pendidikan dan hendaklah bertekad untuk melahirkan satu keluarga satu profesional.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya mahu dalam jangka masa 14 tahun akan datang generasi pelapis telah bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan yang lengkap untuk menjana Sepang Maju bersama negara maju dan mampu bersaing menghadapi dunia tanpa sempadan.


0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER